Friday, July 24, 2009

Syaaban Tiba, Ramadhan Tak Lama Lagi

Hari ni 2 Syaaban, tak lama lagi dah nak puasa. Bulan untuk bermuhasabah diri. Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala cela, masa untuk bertaubat, berpuasa sunat, membayar hutang puasa.

Disini, saya kongsikan artikel dari iluvislam.com

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

** Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

** Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

** Bertaubat- Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."





Thursday, July 09, 2009

bila..

dah 2 bulan lebih dah hehehhe... saje je menempek.. ni je yg termampu buatku... keta ni la yg bwk sy pegi keja n jln2... kalo xde keta,dok umah aje la .. tgk abg bwk anak2 dia pegi meronda.. kalo nk tggu org bwk gi jln2 hmmm xtau la bila.. sedar tak sedar dah hampir 3 bulan saya keja kt dlm Pangkalan Udara Butterworth ni...


ni la jimmy... jimmy neutron.. hahahahahahaha.. Fun Corner on board :P

aritu jln2 ngn mimi pegi sunway carnival & megamall pinang... hmm jln2 je.. mimi yg byk membeli... nk tgk wyg tp mimi xsuka tgk wyg huhuhu..

last tuesday pegi penang... huwaa xsabo nk beli brg tu... kne tggu hjg bulan ni .. hrp2 dpt la huwaa.... doakan smoga dimurahkan rezeki... aminn...

hmm.. perasaan skrg ni berkecamuk.. " berkecamuk hati, hatinya sendiri.. persoalannya kini, smpai bila mampu ku bertahan ? "

hjg bln 7 , kwn de nk kawin.. member kt kl ajak pegi.. kalo knduri tu kt utara bole consider lg.. ni kt kelate pulok... xtau la pegi ke tak.. awal bln 8 mau cuti2 di KL... tringat plak H1N1 aduh.. ya Allah jauhilah aku dr sebarang penyakit.. kt mana2 pon bole dpt penyakit kan.. hmm

rindunya pd kwn2 di KL.. nk pegi umah sewa lama... mcm mana la intan tggl kt situ slps ketiadaanku.. skrg ni hepi la dia sbb nadia pulak dpt posting ke HQ.. alhamdulillah, tumpang gembira sbb nadia da dpt tggl sama ngn hubby dia. kalo tak, sorg kt sitiawan, sorg kt kuching..

rindu jugak kt kwn Fun Corner .. huwaa.. rindu Fafau... rindu smuaa.. rindu kt sapa2 yg rindu aku.. hehe


aritu tgk kisah kaisara.. huhu tetiba lak tgk kisah kaisara.. bosan2 xde cite lain.. tringat lak ayat kaisara tu... " tak salah kita menyukai seseorg, yg penting kita tahu yg mana baik & yg mana buruk " kan kan .. hehe :D tp setakat ni ..
dah la.. lapo buah langsat la... xdpt mkn langsat lg nih... buah rambutan dah xlarat nk mkn .. byk kt umah hehehhe...

stop setakat ni dulu... hujan is coming ...




" Kalau Allah menghendaki, siapa pun bisa menjadi jodoh kamu " - filem Ayat - Ayat Cinta