Sunday, August 16, 2009

Kena Tag ?

dah lama xtgk blog.. tgk2 ada homework rupanya.. kne tag ngan adeqbun & pejal..


1.Apa perasaan anda skrg??
no mood.. kurang sihat.. fever... sedih, nk nangis.. waiting ~


2.Saya nak makan???
kurang selera mkn gak mcm cik leha... asyik ingt benda tu je.. pipi rasa da makin tembam :p tp rasa nk mkn char koey teow permatang pauh la plak..


3.Saya tak suke??
org tipu.. tak suka nangis tp still akan nangis gak kalo kna tipu


4.Impian saya??
bahagia bersama org tersayang....


5.Saya harapkan??
kebahagiaan.. dimurahkan rezeki..


6.Jika saya boleh putarkan masa??
biarlah rahsia..


7.Saya pada 10 tahun akan datang???
nak ada keluarga sendiri.. bahagia bersama insan tercinta.. insyaallah


8.Handphone saya adalah
sbg alarm utk kejutkan aku dr tidur.. trima call & msg... reminder utk benda2 penting, date ke hahaha :p .. reminder besday kwn2 hehehe


9. Saya pernah bercenta sebanyak?
ermm .. xnak ingt..


10.Saya suka pada??
apa2 je yg bole buat sy gembira & bahagia..


11.Kawan-kawan saya???
rindu mereka smua... sejak blk sini kurang kwn.. hukhuk sedey :(


12.Pernah dikhianati??
pernah.


13.Apa yang hendak anda lakukan kepada orang yang pernah mengkhianati anda?
doing nothing.. biar takdir yg menentukan segalanya..


Senaraikan 8 orang untuk di tag

1. Kak Leo .. tak kira nak tag jugak

2. Cik Azlinda .. buat ye dik hehehe

3. Kyzer .. hmm blog da siap? huhu

4. Shafini.. ni tugasan pertama kamu :D

5. Shahlimar .. kamu pon sama hehe :D

6. Adeqq aka Fana ... tugasan kamu jugak yer dik.. buat tau :P

7 & 8. sapa2 rasa nak buat, silakan... tiada halangan ;) peace!


SEKIAN....


Saturday, August 01, 2009

HAPPY FRIENDSHIP DAY !

hepi friendship to all my friends... xkisah la kawan baru ke, kawan lama, yg nak jadi kawan dll.. :D rindunya kat kwn2 semua... insyaallah, going to KL this monday.. nak pegi umah kakak, then pegi melawat umah sewa lama heheh... rindu nak tinggalkan keja.. huhuhu :p 9hb masuk keja blk...


10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh.