Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul




Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Tajuk : Dia Kekasih Allah
Nyanyian : Hijjaz


Salam Maulidur Rasul kpd semua umat Islam.. marilah sama2 berselawat ke atas Nabi Muhammad saw.

Tiada harapan selain ALLAH
Tiada idola selain NABI
Tiada kata seindah QUR'AN
Tiada jalan selurus SUNNAH
Tiada perjuangan selain ISLAM

Jadilah seseorang yg beriman, kuat bersandar kpd Allah, tidak kira waktu susah atau senang. hanya kpd Allah tmpt kita mengadu dan mengharapkan kasih sayang.


Friday, February 11, 2011

I'm Lovin it


i'm lovin my 5800..
are you ? huhuhuu tetiba jer .. :p


Thursday, February 10, 2011

Mari membaca : Supaya Gelisah Bernilai Ibadah



Tajuk : Supaya Gelisah Bernilai Ibadah
Oleh : Dr Ibrahim Fiqhy
Harga : RM15

2-3 hari lepas bwa anak menakan ke Popular.. dan sempat beli buku ni..

bagaimana nk mengubah gelisah kepada nilai ibadah.

" Selaku org yg beriman, apabila kita ditimpa musibah kita kena cepat2 ingat pada Allah dan kembali kepadaNya. Terdpt byk doa2 yg boleh membantu & memujuk hati kita yg gelisah utk menghadapi situasi yg merunsingkan kita itu."
- Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

  • Fikirkanlah dan bersyukur
  • Jgn menunggu ucapan terima kasih drp org lain
  • Berbuat baiklah pd org lain hati anda akan menjadi lapang



Monday, February 07, 2011

My First Car.. hehe




Happy birthday!




Jalan2 Jusco Perda... mkn2.. main2... shopping2...






rindu kereta ini... huhuhuu


Friday, February 04, 2011

DugaanNya



Sabar dalam menghadapi musibah.

Allah berfirman, ertinya, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (QS. asy-Syura: 30).

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mu-dah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau meng-hendakinya.”

Maka hendaklah seseorang selalu memohon ampunan kepada Allah (istighfar), kerana istighfar merupakan faktor yang paling besar dlm mencegah terjadinya musibah. ‘Ali bin Abu Thalib Rodhiyallohu ‘Anhu berkata, “Musibah tidak akan menimpa kecuali karena dosa (yang diperbuat), dan musibah tidak akan diangkat kecuali dengan taubat.”

Maka dgn itu sabar adalah kunci dlm menghadapi musibah. Bersabar & BERDOALAH kpd Allah. Jika semakin kuat, Insyaallah akan membuahkan keredhaan dan rasa syukur kepada Allah.




Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah, diantaranya ialah:

1. Ketika LailatulQadar
2. Ketika hujan
3. Ketika memulakan solat dan selepas menunaikan solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan perang.
5. Di tengah malam
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat
8. Ketika iktidal akhir dalam solat
9. Ketika khatam ( tamat ) membaca 30 juz Al-Quran
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat yang terletaknya di antara terbit fajar hingga terbenam
matahari hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan Asar serta antara waktu Lailaha illa Llah




p/s : Doa itu senjata mukmin..



Cantik tak template bru nih? huhuhuuu :p