Saturday, March 19, 2011

Ingat2

"Kalu kito ingat kat oghe, oghe nanti ingat ko kito. Sebab tu dio maghi jumpo kito"

Monday, March 14, 2011

Jangan Mengeluh!

Sakit itu kifarah dosa.. tetapi jgnlah menganggap semua sakit itu satu kifarah. Sakit itu umpama satu peringatan kpd kita. Walau sakit mana pun kita, jika dgn izin-Nya pasti kita akan sembuh, InsyaAllah. tp ada 1 sakit yg tiada ubat iaitu MATI. jadi seblum sakit, jika byk buat dosa, masih berpeluang bertaubat dan menjauhinya.. ubati hati dan amalan kita sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Ujian sakit ni tanda Allah sygkan kita. dan jgnlah kita mengeluh, sebaliknya berdoalah, minta pd Allah.

" Ya Allah! Aku ini hambaMu yang kerdil dan lemah. Sungguh terkadang aku lupa dan merintih, merungut dan mengeluh dengan ujianMu. Sedangkan ujianMu itu tanda kasih sayangMu terhadapku. Aku risau andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku mengundang murkaMu.Aku takut andai keluhan kesahku, rungutan dan rintihanku membawa aku jauh dariMu, ya Allah! Lalu, dengan RahmatMu kupohon keberkatan insan-insan bernama teman dan sahabat sebagai penyeri hidupku dan pengingat aku kepadaMu di kala aku lupa."

Apa itu KIFARAH?

'Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. jelas disini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.'

“Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

Maka bersabarlah dgn setiap dugaan & ujianNya. Byk hikmah yg kita dpt kalau bersabar. sy ni je kdg2 tak sabar. Astaghfirullah..

Ya Allah..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."[al-Baqarah: 153]




Friday, March 11, 2011

Forgive everyone for the sake of Ukhuwah..