Saturday, September 26, 2009

akhirnyaa.. Mencari Konklusi

yeay.. setelah sekian lama ku menunggu.. akhirnya dah kuar pon hehehe.. dan brg yg dipesan kt kak jiggy pon da smpai... cuma sedey sbb payung da abes... kalo x, byk la stuff hujan kt dlm keta heheheh…


Drumstick, bandana, badge, pick gitar, keychain & 2 sticker..

Ni sticker lg 1… org Kajicuaca pkai sticker HUJAN, patut la hujan je :p huhuhu

Model sambilan ptg tu hehehe.. comel kan? :D

Dan last skali…


Yg ni beli sendiri… suh cik leha beli utk aku dia xmo haha :P tp takde signature HUJAN, da tnye kak Jiggy kalo beli on9 xde signature, so ptg sabtu lps dgn smangatnya trus ke Speedy Central Square utk beli ni.. hehe~ masuk2 keta trus pasang…

Thursday, September 10, 2009

Lagi2 Tag .. mangsa buli PEJAL

lg2 jd mangsa buli pejal.. nah aku jwp bwh ni heheh

1)Saya suka???

# facebooking
# amik gambo
# jalan2 mkn angin...

2) pada masa ini saya sedang berfikir tentang

# keje... ade bunyi thunderstorm.. nak bukak speci ke tak
# tak sabo nak berbuka satgi

3) bila rasa tension saya akan...

# menangis
# dengar lagu kuat2 ...

4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...

# bila jmpa dgn org, mesti senyum!
# baca msg hehehehe
# bila dpt kuar ngan kwn2

5) 3 perkara yang buat saya menangis..

# kemalangan & berita sedih yg membabitkan ahli keluarga & teman2 rapat..
# ditipu
# biarlah rahsia....

6) kalau saya ada rm100k

# nak beli kereta, mekap keta...
# simpan utk hari tua
# bwk family ke tanah suci

7) sila beri 3 nama untuk di tag...

1. Adeqbun

2. Shahlimar

3. Iejat

sekian, terima kasih.

Tag lagi !!!!!!

aduih.. kna tag 2 kali dari iejat ngan pejal.. hampeh pejal.. suka naikkn nama aku huhuhuhu :D xpe la tu maknanya ko ingt aku kan.. kuikuikuikui :p

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :-

IEJAT

1) sangat baik hati.. baik dia ni. stakat ni xpnah nmpak dia marah2 lg heee

2) knal melalui Fun Corner la..

3) dia ada kamera baru jugak.. hahaha

4) lama tak jumpa ... rindu sy x? hehehe

5) dia hadiahkan rantai masa hari terakhir bersama fun corner di genting.. huhuu .. tenkiu.. terharu den

PEJAL


1) mamat ni tinggi.. kurus drp aku lak tu :P

2) baik .. sentiasa buat kebajikan terhadap kwn2 dia hehehe

3) dah maju skrg ko pejal.. da bikin bisnis fotografi... :D

4) suka jln2.. tau la tiket murah :P

5) rindu kt ko.. huhu.. rindu smua dak fun corner

Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :-
(susah gak nk jwp ni... )

1) sensitif.. ye kot... ikut persekitaran hehe

2) i love my job.. huhuhu... kalo kita xsyg keja, sapa lg nk syg kan hehehe...

3) sama cam iejat gak. suka simpan perasaan dlm hati.. then bila dah sakit, menangis.. hmm

4) tak kenal maka tak cinta.. huhu

5) waiting for someone :p

Nyatakn 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnyatakan :-

1) Facebooking !

2) tangkap gmbo.. lalalalaa~

3) karaoke dlm keta.. psg lagu kuat2 :P

4) suka jln2...

5) tgk TV

5 orang penerima tag yang seterusnya :-

1) Adeqbun - terima lah yer

2) Shahlimar - add lg hehehe

3) Adeq a.k.a Fana - lg homework utkmu

sapa rasa nk buat, silakan... malas nk tag hehehe


Sunday, August 16, 2009

Kena Tag ?

dah lama xtgk blog.. tgk2 ada homework rupanya.. kne tag ngan adeqbun & pejal..


1.Apa perasaan anda skrg??
no mood.. kurang sihat.. fever... sedih, nk nangis.. waiting ~


2.Saya nak makan???
kurang selera mkn gak mcm cik leha... asyik ingt benda tu je.. pipi rasa da makin tembam :p tp rasa nk mkn char koey teow permatang pauh la plak..


3.Saya tak suke??
org tipu.. tak suka nangis tp still akan nangis gak kalo kna tipu


4.Impian saya??
bahagia bersama org tersayang....


5.Saya harapkan??
kebahagiaan.. dimurahkan rezeki..


6.Jika saya boleh putarkan masa??
biarlah rahsia..


7.Saya pada 10 tahun akan datang???
nak ada keluarga sendiri.. bahagia bersama insan tercinta.. insyaallah


8.Handphone saya adalah
sbg alarm utk kejutkan aku dr tidur.. trima call & msg... reminder utk benda2 penting, date ke hahaha :p .. reminder besday kwn2 hehehe


9. Saya pernah bercenta sebanyak?
ermm .. xnak ingt..


10.Saya suka pada??
apa2 je yg bole buat sy gembira & bahagia..


11.Kawan-kawan saya???
rindu mereka smua... sejak blk sini kurang kwn.. hukhuk sedey :(


12.Pernah dikhianati??
pernah.


13.Apa yang hendak anda lakukan kepada orang yang pernah mengkhianati anda?
doing nothing.. biar takdir yg menentukan segalanya..


Senaraikan 8 orang untuk di tag

1. Kak Leo .. tak kira nak tag jugak

2. Cik Azlinda .. buat ye dik hehehe

3. Kyzer .. hmm blog da siap? huhu

4. Shafini.. ni tugasan pertama kamu :D

5. Shahlimar .. kamu pon sama hehe :D

6. Adeqq aka Fana ... tugasan kamu jugak yer dik.. buat tau :P

7 & 8. sapa2 rasa nak buat, silakan... tiada halangan ;) peace!


SEKIAN....


Saturday, August 01, 2009

HAPPY FRIENDSHIP DAY !

hepi friendship to all my friends... xkisah la kawan baru ke, kawan lama, yg nak jadi kawan dll.. :D rindunya kat kwn2 semua... insyaallah, going to KL this monday.. nak pegi umah kakak, then pegi melawat umah sewa lama heheh... rindu nak tinggalkan keja.. huhuhu :p 9hb masuk keja blk...


10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh.


Friday, July 24, 2009

Syaaban Tiba, Ramadhan Tak Lama Lagi

Hari ni 2 Syaaban, tak lama lagi dah nak puasa. Bulan untuk bermuhasabah diri. Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala cela, masa untuk bertaubat, berpuasa sunat, membayar hutang puasa.

Disini, saya kongsikan artikel dari iluvislam.com

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

** Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

** Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

** Bertaubat- Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."





Thursday, July 09, 2009

bila..

dah 2 bulan lebih dah hehehhe... saje je menempek.. ni je yg termampu buatku... keta ni la yg bwk sy pegi keja n jln2... kalo xde keta,dok umah aje la .. tgk abg bwk anak2 dia pegi meronda.. kalo nk tggu org bwk gi jln2 hmmm xtau la bila.. sedar tak sedar dah hampir 3 bulan saya keja kt dlm Pangkalan Udara Butterworth ni...


ni la jimmy... jimmy neutron.. hahahahahahaha.. Fun Corner on board :P

aritu jln2 ngn mimi pegi sunway carnival & megamall pinang... hmm jln2 je.. mimi yg byk membeli... nk tgk wyg tp mimi xsuka tgk wyg huhuhu..

last tuesday pegi penang... huwaa xsabo nk beli brg tu... kne tggu hjg bulan ni .. hrp2 dpt la huwaa.... doakan smoga dimurahkan rezeki... aminn...

hmm.. perasaan skrg ni berkecamuk.. " berkecamuk hati, hatinya sendiri.. persoalannya kini, smpai bila mampu ku bertahan ? "

hjg bln 7 , kwn de nk kawin.. member kt kl ajak pegi.. kalo knduri tu kt utara bole consider lg.. ni kt kelate pulok... xtau la pegi ke tak.. awal bln 8 mau cuti2 di KL... tringat plak H1N1 aduh.. ya Allah jauhilah aku dr sebarang penyakit.. kt mana2 pon bole dpt penyakit kan.. hmm

rindunya pd kwn2 di KL.. nk pegi umah sewa lama... mcm mana la intan tggl kt situ slps ketiadaanku.. skrg ni hepi la dia sbb nadia pulak dpt posting ke HQ.. alhamdulillah, tumpang gembira sbb nadia da dpt tggl sama ngn hubby dia. kalo tak, sorg kt sitiawan, sorg kt kuching..

rindu jugak kt kwn Fun Corner .. huwaa.. rindu Fafau... rindu smuaa.. rindu kt sapa2 yg rindu aku.. hehe


aritu tgk kisah kaisara.. huhu tetiba lak tgk kisah kaisara.. bosan2 xde cite lain.. tringat lak ayat kaisara tu... " tak salah kita menyukai seseorg, yg penting kita tahu yg mana baik & yg mana buruk " kan kan .. hehe :D tp setakat ni ..
dah la.. lapo buah langsat la... xdpt mkn langsat lg nih... buah rambutan dah xlarat nk mkn .. byk kt umah hehehhe...

stop setakat ni dulu... hujan is coming ...




" Kalau Allah menghendaki, siapa pun bisa menjadi jodoh kamu " - filem Ayat - Ayat Cinta

Wednesday, June 10, 2009

Jln2 Pantai Merdeka

dah lama x update blog.. xde cite baru pon.. byk menghabiskan waktu bersama family tercinta ;)



sabtu lps ninie & paah dtg umah... aritu rest day... ptg tu smpat bwk depa jln2 kat pantai merdeka.. pi mkn laksa.. org lain yg nk blnja, last skali, org lain yg bayaq hahahaa..

masa kt pantai, jumpa kak yati, senior skolah brahim dulu... agak lama xjumpa dia hehe...


agak ramai jugak org kat pantai ptg tu, maklum lah cuti skolah.. pastu byk knduri plak tu..

laksa yg kami mkn... dah 2 kali dah mkn kt sini sejak balik kg nih.. hehehhe.. aritu mkn ngn mak :D sedappppp ...

ah & ninie yg sedang menikmati ais kacang ...



KAMI.... hmm mana la Fae menghilang? kalo tak, mmg dah cukup 4 :/ rindu kat dia...


anak2 buah yg tak dapat ikut pi pantai merdeka.. huhuuhu...

ahad 7hb? kena call back... keje daa .. hmm







Thursday, May 14, 2009

Di Tag oleh Aizuemi & Pejal

The questions are :
1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.







2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Aizuemi & Pejal - rakan2 ku yg dirindui..

perkataan favorite aizuemi : senget la ko ( sama mcm kt blog pejal hehehe )

pejal lak : lempang ko kang ( jgn marah ye pejal hehe )


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)


1. baru je balik kg transfer keja di utara tanah air ..
2. malas bersenam .. turun naik tangga hari2 bersenam gak
3. big fan of FaraFauzana.. sama gak mcm depa tp skrg xdpt nk join xtvt sbb da jauh
4. kipas susah mati HUJAN ... woohoo.. xkisah la org nk ckp apa2 psl Hujan, yg penting den suka lagu2 Hujan
5. sayang sgt familiku.. mak, ayah, my boy lollipop ;D , abg, kakak, anak menakan..
6. sayang smua kawan2 ku .. rindu mereka smua!

7. diam tidak bermakna sombong, tak kenal maka tak cinta :P
8. hari2 tgk awan, hari2 tgk kapal tudm, itu la keje ku..
9. looking for someone~

10. nak melancong.. nak pegi ke tanah suci, bwk parents ..


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.



- LINDA

- JUMAAT

- ADEQBUN

tu je..

Wednesday, May 13, 2009

27 april

selamat hari lahir ayah... smoga pjg umur dan dimurahkan rezeki...

terima kasih atas segalanya... sayang ayah .. sayang mak jugak...


to mak , selamat hari ibu ;)







Fafau Fun Corner on board.. hahahaa....




hehehehe.... 1 2 3 GO !


12 mei .. doa selamat utk ku.. smoga selamat semuanya aminn... thx mak ayah, family..

Friday, May 08, 2009

layan gmbo lama hehe, road tour AIM 16

sejak blk kg malas lak nk update.. maklum la xde buat keja apa.. sekadar pegi keja hehe..

ni layan gmbo masa road tour AIM16 kt Village Mall SP aritu..



linda.. lama xjmpa budak ni.. betahun dah rasanya hehe... tq to incik kyzer & along hehehe ;D len kali kami bwk jumpa Fara Fauzana plak huahua :P



anne.. lebih hangat daripada biasa

performance by Hujan.. noh & jaja je dtg.. versi akustik pon best !


layan video dr mereka ;)


video xberapa jelas.. maaf.. kamera biasa aja ;D.. layan AKU SKANDAL versi akustik..


tidak terlalu lewat kot nk ucapkan.. TAHNIAH buat Hujan sbb menang Album Rock Terbaik & Lagu Rock Terbaik di AIM16 aritu.. tahniah2.. teruskan memartabatkan muzik indie ;)

keep it up ! yeayyy

sumber: Gua.com.my

Sunday, April 26, 2009

Kehangatan ABPBH2008

adoi lama nya nk update. maklum la berpindah tmpt. kt umah lak xdak tenet..
tq diah n adeqbun, tumpangkan den pegi jln2.. haha jln2 ke kota keriangan :P



tggu diah pikap kt kl sental. then ke rumah zaleha.. mkn pastu btolak.. smpai2 je pusing cari parking.. then sempat lepak dlm kete dlu.. pastu msg sape2 yg da smpai. diorg tgh tgk FF on air melodi. pastu kitorg pon begerak ke pintu masuk theme park.. wah. ada kump Hujan.. hehe.. sempat2 mkn2 kt marrybrown .. ye btol ke? lupa lak kdai apa haha.. share ngan kak ira.. masa tggu kt hotel tmpt kak zai n kwn2 menginap sempat begambo ngan Noh Hujan.. tahan dia tgh jalan.. huhu.. yeay dpt sign.. tp xdpt sign dr smua geng huhu

ceed n the gang da smpai hotel. balik hotel, lepak2.. tuka baju, siap2 mlm nk gi tgk abp.. tq pejal 4 da ticket ! hang xmau masuk vip, aku amik.. dok ngan jumaat. adeq+bun dok atas skit.. pastu diorg kua gi amik gmbo kt red carpet. aku ngn diah tggu dlm.. adoi wat malu je.. ikhwan la.. org nk amik gmbo dia sorg, dia nk begambo ngn den.. adeh:P

best2.. fafau menang 2 anugerah lg mcm thn lps.. tahniah gak kpd bro FBI sbb berjaya.. dan juga kpd nabil.. tahniah sbb berjaya merampas takhta mawi.. huahua :P

performance yg den tunggu2.. ofkos dr Hujan ;)



kesian kak intan sbb berlaku insiden yg xdisangka2.. heheh.. jd org sakit.. pg esoknya btolak blk KL.. xdpt join ceed, zue, pejal & jumaat msuk theme park. huhu.. balik KL naik bas ngan jaja, minami, fren dorg, aira.. naik bas 1.30tghari.

nak dkt kul 3 smpai umah. then kemas2 nk balik kg mlm ni. xdpt jmpa ngan kakak.. xpe next time insyaallah.. then kak ita n abg latip dtg amik den ngan intan. kitorg gi mid valley mkn2.. sempat lg tgk wyg cite Fast & Furious 4 hahaha... best3.. ;D



tq kak ita, abg latip, intan sbb hntr ke puduraya.. nadia, xpe la xdpt hntr ema pon.. lom ada rezeki. nnti kita jumpa yek... sedihnya nk tgglkn Kuala Lumpur.. byk tol kenangan bersama kwn2.. Fun Corner.. Hot FM..

* xsabo tggu gmbo dr kwn2 hehe

Wednesday, April 01, 2009

Aku Tak Percaya Cinta ~



i love it ! liyana comel ;) suka sgt... lagu ni sooo sweetttt ;)

*special kredit to http://www.youtube.com/user/xfmadmin

Sehari bersama Nini

mlm smbutan earth hour dok kt umah je sbb siang keje pastu merayap ke masjid jamek.. mlm layan Hits 1.. tahniah Meet Uncle Hussein menang lg..
Lagu terbaik ngan persembahan terbaik..

Tmpt No 2 - Marabahaya ( Pop Shuvit )

Lagu Paling Popular - Tanpa ( 6ixth Sense )


abeh gak kredit sbb gi undi 'Bila aku sudah tiada' utk lagu popular.. tp ranking sms hujan no 3 hmm ok la tu.. nk wat mcm mana lom ada rezeki nk menang.. takpe Hujan still da best ! ;) hikhik
hari ahad.. off day.. kuar jln2 ngan Nini.. pusing2 Time Square.. yeay nini blanja mkn sizzling... nini.. bestfren sejak dr skolah menengah lg till now.. sama ketawa, sama berduka.. aku blk kg nnti, hang jenguk2 la aku naa... rindu hang nnti.. mai umah aku tau.. leh jmpa amad hehe..



pnat pusing2 time square sbb cari baju xjmpa.. alhamdulillah lastly jmpa gak.. pastu balik tu singgah KL sentral mkn abc plak.. ;D smpai umah kul 7.. hujan lebat.. da 2 hari balik kna hujan.. hmm.. penat la mggu ni kna siapkn packing... baru ku sedar brg ku byk gila... adoi pnat2... abg ngan ayah nk dtg amik brg kna siap cpt.. huuu.. ade sape2 nk tulun? hehe :P mak ngan amad dtg dok umah kakak. skrg xsempat lg nk jenguk.. adeh

31.1 climate wat jamuan perpisahan.. dpt mkn free lg.. sedap gak kerabu tu.. esoknya bhgn latihan lak wat jamuan.. pastu ada mknan lebih.. incharge panggey kitorg suh gi turun mkn hukhuk.. dpt mkn mi kari, xyah susah2 masak kt umah.. pastu tapau laksa ngn nasik gorg bwk balik hehe..

adoi.. x lama je lg.. huwaa



Wednesday, March 25, 2009

Bila Aku Sudah Tiada ~

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

====================================================

byk org tnya sbb apa nk pindah? org ckp.' hang muda lagi... merantau la dulu, nak dekat pencen nnti baru balik kg.. '

hmm kalau nk diikutkan mmg la xnak balik. sini byk hiburan.. hmm tp family matters.. apa2 pn family come first.. mak da byk kali mintak aku tukar ke utara.. aku je degil nk dok sini. tp masa tu awal2 keje kompom xdpt.. almost 2 years baru try hntr surat.. tp pengarah ckp xcukup experience 2 thn.. kt sini mcm2 pnah rasa, lalui.. dulu xpnah2 join ikut2 artis ni.. xsangka lak kt sini snang skali.. obses sebentar .. tp kalo pindah kg, da xdpt merasa bnda mcm ni, layan konsert dll.. xpa la xkemana pon, kalau ada event kat penang/kedah insyaallah still bole join lg... tp kehilangan yg paling terasa skali ialah kwn2...

huwaaaa2 sedihnya.. sedih nak tinggal kwn2.. sedih nak tinggal fafau.. sedih nk tinggalkan Hujan.. adeh mcm la diorg amik berat psl den :P sedih atas segalanya... byk kenangan tercipta kat sini... tanpa fun corner siapa la aku.. huu

tarikh report duty 15hb april.. tp sblom balik nk jmpe smua kwn2 dulu... then nk pegi tgk ABP huwaa... ni la satu2 nya harapan nk tgk FF ngn Hujan.. HUjan perform? hmm interesting

my best friend sejak di meteorologi.. nadia, kak ita & intan... huaa da la nadia da nk pindah srwak, aku lak blk penang.. susah la nk lepak sama2 lg... skrg ni sunyi bilik.. intan xde, pegi umrah... tumpang gumbira tgk dia.. dpt gak pegi sana..

Fun Corner tetap dihati... thanx kak zai sbb menerima insan ini kedlm dunia fun corner... thx gak kwn2 yg sudi kwn dgnku... ku mengejar Fafau bersama Fun Corner.. hikhikhik..

kpd kwn2 Fun Corner, rmai sgt nk sebut nama kang tercicir lak but dun worry i remember u all... thankkss 4 being my friend.. muaahhh .. halalkan mkn minumku... kalau ade hutang ape2 cpt2 bgtau ek.. hehe ;D

azzey.. si kecil molek... comel mcm agnes monica. hehe.. my best buddies from MMU Melaka. sejak aku quit dr MMU, mmg lama da xjmpa dia.. aritu terserempak kt Kl Sentral secara xsengaja.. tp xdpt berborak pjg.. dia pon nk gi jmpa org, aku pun masa tu nk gi jmpa zue & kak emi kt time square.. miss her so much.. hope pasni dpt jmpa dia ;)

rindu enaz & ain gak.. my roomate mase kat MMU dlu..


lagu Bila Aku Sudah Tiada ditujukan khas untuk anda semua... huwaaa... :(

andaikata ada jodoh lg nnti, kita bersua lg... love u all.. Stesen Butterworth here i come !

Saturday, March 21, 2009

Bila Aku Kena Tag ~

baru skrg berpeluang nk jawap tag ni hehhe.. x pasal2 kne tag ngan budak ni hehhee ;D

1.Who tagged you?
KEY chain hehe.. gurau jea


2. Do you like tags?
nope ~ ;D hehe

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
nak ......

4. What is your current mood?
hmm risau..

5. What will you do if your crush says he/she adores you too?
haha.

6. Will you fall in love with your bestfriend?
no lah.. dia girl

7. Which will you prefer, loving someone or being loved by someone?
being loved by someone ;P hehe

8. What is your favourite food?
Laksa ! mee kuah ! esp mak buat ;)

9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do?
nothing.. buat mcm biasa

10. What do you pray each day for your loved ones?
biarlah rahsia =)

11. What takes you down the fastest?
kerja :P

12. How would you see yourself in ten years time?
umo da 34 masa tu :P

13. What is the reason that could make you so tensed up?
huwaa

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
tak knal sgt.tiba2 kna tag.huhu i think dia budak yg baik ;)

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
haha married and rich

16.Would you sacrifice for your loved ones?
tgk keadaan .. erk

17. What's the character must have in your partner?
mcm takuya kimura ! haha.. berangan

18. If you fall in love with two people simultaneusly, who would you like to pick?
hmm.. susah gak tu :P

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?
insyaallah..

20.Do you prefer being single or having a relationship?
tgk keadaan gak...

21. What is your most embrassing moment?
dah tak ingt :P

22. Who are the 5 person that you would like to tag?
i) Aizuemi
ii) Iejat
iii)Fahiszal
iv)Leo Lana
v) Linda


Layannnnn... selamat menjawap ;D

Friday, March 20, 2009

Jawap Tag Aizuemi

kna tag dari aizuemi plak

soalan nya adalah spt berikut :

#1 describe 10 things about the person who tag u

1. nama dia aizuemi
2. dia comel *wink*wink* ade hadiah x? haha tp dia mmg cumel pon
3. kecil2 cili padi. awet muda ;D
4. dia suka amik gambo
5. dia baik kan kan
6. dia tmpt ku menumpang kasih pegi kesana kemari. slalu tumpang keta dia
7. slalu tumpang hotel dia kalau dia xdpt anto kn aku blk umah hehe. katanya takut jerat cina kt umah aku tu hahaha
8. thx 4 da froggie ! hehe
9. nak ngorat? tanyalah kpd empunya badan hehehehhe
10.cukup la kot utk hari ini



#2 describe 10 things about you

1. berasal dr negeri kedah jelapang padi
2. punyai sorg abg & 2 kakak. aku anak bongsu
3. suka sgt mkn laksa. esp yg mak buat !
4. suka main game tp skrg da kurang kot. abes pc pnuh game. sama la ngan pc opis, tp skrg da remove sbb ICT nk buat spotcheck
5. teramat la minat dekat TAKUYA KIMURA & tomoya nagase. depa hensem !!! smua crita jepun yg ada diorg ni den nk tgk.
6. suka Fafau & Hujan. tp diorg tak suka aku kot haha ;P almost event yg libatkn Fafau, den akan cuba pegi insyaallah. huwa rindu fafau lak.
7. suka amik gambo. tp xde kamera. kamera digital mahupun kamera henpon huahua
8. nak balek kampungggg !
9. suka apa lg ek.
10.hmm.. brapa byk suka daa

#3 at the end you need to choose people to be tagged and list their names.

err... tak yah tag xpe kan.. sapa rasa dia rajin buat la hehe

Wednesday, March 18, 2009

Cuti2 ku .. bersama family

cuti lg 4 hari.. 14 mac - 17 mac.. cuti aje bln ni.. xpe la cuti byk lg.. nak abeskan sisa2 cuti yg thn 1st sbb takut kna burn nnti.. da lama xjmpa parents.. da lbh sbulan tak balik..
sbulan ke 2 bulan ntah..
kbtulan mak mai kL bwk Amad ngan Fatin skali, jumaat mlm btolak.. depa tidoq umah kakak kt sg buloh. so, da dpt cuti ni, ku pegi tido sana la.. hehe..

sabtu pg kemas2 brg skit.. ptg baru btolak gi sg buloh. penin dok pikir sbb ahad member yg baru kawin aritu nak btolak pegi sarawak. nak naik keta ngn kak ita da pnuh lak. kak ita nk bwk nadia trus ke KLIA tp kang lewat blk sg buloh.. da la jauh nak pegi balik klia - sg buloh. naik tren aje.
adeh. xpe la xde rezeki.. jmpa nadia masa dia balik dr srwak nnti je la ek.

cuti2 pon xgi mana. menghabiskan masa bersama family tercinta.. ptg ahad gi tgk rumah baru
kakak.. lom siap sepenuhnya lg.. suka tgk wallpaper bilik kakak.. hahaha .. saje nk share gmbo anak menakan :D ade sorg lg anak menakan, Fatin tp tiada dlm ini gmbar..


Aqeef & Amad di rumah baru..


blur pon nak tepek gak.. huhuhu :P



suka wallpaper ni.. n bilik ni kaler pink !







adek Aqeef. Nik Arief Emran. 8 bulan kot. x ingat :P tembam. ada lesung pipit.. ee geram kat budak ni.. hehehehhe



da pndai merangkak ;D hehe




dok sana dpt mkn sedap. 2-3 kali tmbah. ye la mak masak hehe. selasa pg balik PJ. awal pg subuh2 ikut kakak & abg ipar kuar gi keje. naik komuter dr rawang ngan kakak. kul 9 lbh kurang smpai umah.
masa utk berehat. on9 *wink*

Tuesday, March 17, 2009

Selamat Pengantin Baru Nadia & Sepul !~




7.3.2009
aku, intan, kak ita & husband, abg latip kitorg pegi manjung tgk nadia kawin. konvoi 2 keta.. dgn muhasbi & nawie...
meriah btol.. bahagia tgk nadia.. akhirnya kawin jugak dia ngan sepul. doakan smoga korang bahagia hingga ke akhir hayat ;) sorg lg kwn den kawin hehe..

masa kenduri berlansung, hujan turun.. hujan rahmat kot.. hehe.. alhamdulillah xde lebat sgt..
renyai2 je.. ptg tu org lain da balik, kitorg ade lg... smbung mkn lg.. haha.. mkn lauk pengantin yg x abe td.. hehehe.. smbil layan video akad nikah smlm nya tu.. ;)

bersama pengantin baru (",)



KAMI... rombongan dari kL






Selamat Pengantin Baru Nadia & Sepul ... Semoga tercipta bahagia hingga ke syurga..
aminnn.... ;)

Friday, March 13, 2009

ada apa?

saje nak share gmbo ni.. aritu PJ gelap.. hehe.. mase tu keje shif ptg.. langit gelap tp hujan blom turun lg.. kne buat keje la hehe.. KLCC pon da xnmpak dr opis.. menara telekom still nmpak lg. kalau cuaca clear, cerah leh nmpak KLCC .. tp hari tu mmg gelap sgt.



aritu gi Low Yatt.. beli RAM .. da lama nk tmbh ram.. nk main pet society pon xsenang hehe.. beli trus pasang kat kedai tu... ram da jd 3gb ;D .. pastu beli dvd,cd, skrin protector .. cari router.. jmpa gak router yg rm90, trus beli.. mmg abes duit la kalo pegi situ haha ..

pi times square pusing2.. singgah kedai cd.. cari cd cite jepun smuanya xberminat.. rasa mcm da sikit je.. huhuhu :P
pi mkn kat selera utara ... baru perasan dulu ade org pnah bwk gi mkn kat situ, dia blanja... lgpun da lama xcontact org tu so da x ingat ..



hari tu mkn nasi lemak rendang ayam kot.. ngan ABC .. huaa byk x abes.. kenyang sgt... nasik byk lak tu.. mkn laksa pon xpe huhu.. tp thank kak leo ;) balik umah baru tringat ais kacang yg x abes tu.. nak lagi hahaha...

balik umah godek2 router wireless tu.. pnat godek2 xdpt lak.. abeh masuk cd, study .. pastu tanya member2.. diorg pon pening sbb ye la xde dpn mata mcm mana nk tunjuk.. esok nya buat balik boleh plak.. heran den.. tp alhamdulillah.. leh la online serentak ngan roomate. kalau x, kna ikut giliran nak online hahaha :P kesiannya .. ingat da nak call Aztech nye centre dah.. huhu tp da boleh on, ok la ;D

thx kepada kwn2 yg membantu (^_^)




ABPBH coming soon.. vote for ur favorite artiste.. saya dah ada.. hehe :P doakan Fafau menang lg thn ni ;) yes! Hujan masuk top 5 :D