Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Thursday, March 05, 2009

Ceramah sempena Maulidur Rasul : Nabi Muhammad SAW Pemimpin Agung

mggu lepas 27 Feb, Jumaat.. gi dgr ceramah kat Auditorium. bersemangat bila dgr penceramah yg dtg tu Ustaz Riduan Tee. jabatan import ni hehe. slalu tgk dia kat TV je ..
mmg best la ceramah dia, kelakar jugak orgnya. tak duduk diam. jln sana jln sini hehhe ;D

di antara tajuk2 yg di sentuh adalah spt sifat2 Rasulullah yg tiada tandingannya.





di antara lain :

EMPAT MASA HIDUP
  • Bermunajat kepada Allah
  • Muhasabah
  • Memikirkan segala ciptaan Allah
  • Sempurnakan segala makan minum
BEKERJA ATAS 3 PERKARA:
  • Menambah amalan untuk akhirat
  • Memilih rezeki untuk kehidupan
  • Memilih kelazatan bukan dari yang haram


gambar : sumber dari jabatan

alhamdulillah. selesai sudah. renung2 kan dan selamat beramal.
selesai ceramah mcm biasa, ada nasik free. jimat duit utk 1 hari ;D

SALAM MAULIDUR RASUL


Friday, January 23, 2009

Sebab-Sebab Hati Tidak Bahagia

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut?walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak?lagipun org tamak selalu rugi..


** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut?


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. ?Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada?


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ?dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. ? biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah?


** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****


Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian...

( artikel dari Raudhah.Com )




coret² :- hmm.. mmg btul.. kadang2 sy pon rasa ada gak skit sifat2 mcm tu... btol kata org manusia xdpt lari dari smua ini... walaupun hanya ada sedikit perasaan spt di atas.. cuma ini bergantung pd diri kita mcm mana nak handle ... Wallahu Alam ..