hepi friendship to all my friends... xkisah la kawan baru ke, kawan lama, yg nak jadi kawan dll.. :D rindunya kat kwn2 semua... insyaallah, going to KL this monday.. nak pegi umah kakak, then pegi melawat umah sewa lama heheh... rindu nak tinggalkan keja.. huhuhu :p 9hb masuk keja blk...
10 KUNCI PERSAHABATAN YANG BAIK
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh.
Saturday, August 01, 2009
HAPPY FRIENDSHIP DAY !
Posted by Unknown at 10:56 AMFriday, July 24, 2009
Syaaban Tiba, Ramadhan Tak Lama Lagi
Posted by Unknown at 7:13 AMHari ni 2 Syaaban, tak lama lagi dah nak puasa. Bulan untuk bermuhasabah diri. Bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala cela, masa untuk bertaubat, berpuasa sunat, membayar hutang puasa.
Disini, saya kongsikan artikel dari iluvislam.com
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
** Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
** Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
** Bertaubat- Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Thursday, July 09, 2009
bila..
Posted by Unknown at 7:30 PMdah 2 bulan lebih dah hehehhe... saje je menempek.. ni je yg termampu buatku... keta ni la yg bwk sy pegi keja n jln2... kalo xde keta,dok umah aje la .. tgk abg bwk anak2 dia pegi meronda.. kalo nk tggu org bwk gi jln2 hmmm xtau la bila.. sedar tak sedar dah hampir 3 bulan saya keja kt dlm Pangkalan Udara Butterworth ni...

ni la jimmy... jimmy neutron.. hahahahahahaha.. Fun Corner on board :P
aritu jln2 ngn mimi pegi sunway carnival & megamall pinang... hmm jln2 je.. mimi yg byk membeli... nk tgk wyg tp mimi xsuka tgk wyg huhuhu..
last tuesday pegi penang... huwaa xsabo nk beli brg tu... kne tggu hjg bulan ni .. hrp2 dpt la huwaa.... doakan smoga dimurahkan rezeki... aminn...
hmm.. perasaan skrg ni berkecamuk.. " berkecamuk hati, hatinya sendiri.. persoalannya kini, smpai bila mampu ku bertahan ? "
hjg bln 7 , kwn de nk kawin.. member kt kl ajak pegi.. kalo knduri tu kt utara bole consider lg.. ni kt kelate pulok... xtau la pegi ke tak.. awal bln 8 mau cuti2 di KL... tringat plak H1N1 aduh.. ya Allah jauhilah aku dr sebarang penyakit.. kt mana2 pon bole dpt penyakit kan.. hmmrindunya pd kwn2 di KL.. nk pegi umah sewa lama... mcm mana la intan tggl kt situ slps ketiadaanku.. skrg ni hepi la dia sbb nadia pulak dpt posting ke HQ.. alhamdulillah, tumpang gembira sbb nadia da dpt tggl sama ngn hubby dia. kalo tak, sorg kt sitiawan, sorg kt kuching..
rindu jugak kt kwn Fun Corner .. huwaa.. rindu Fafau... rindu smuaa.. rindu kt sapa2 yg rindu aku.. hehe
aritu tgk kisah kaisara.. huhu tetiba lak tgk kisah kaisara.. bosan2 xde cite lain.. tringat lak ayat kaisara tu... " tak salah kita menyukai seseorg, yg penting kita tahu yg mana baik & yg mana buruk " kan kan .. hehe :D tp setakat ni ..
dah la.. lapo buah langsat la... xdpt mkn langsat lg nih... buah rambutan dah xlarat nk mkn .. byk kt umah hehehhe...
stop setakat ni dulu... hujan is coming ...
" Kalau Allah menghendaki, siapa pun bisa menjadi jodoh kamu " - filem Ayat - Ayat Cinta
Labels: Diari
Wednesday, June 10, 2009
Jln2 Pantai Merdeka
Posted by Unknown at 11:04 PMdah lama x update blog.. xde cite baru pon.. byk menghabiskan waktu bersama family tercinta ;)
sabtu lps ninie & paah dtg umah... aritu rest day... ptg tu smpat bwk depa jln2 kat pantai merdeka.. pi mkn laksa.. org lain yg nk blnja, last skali, org lain yg bayaq hahahaa..
agak ramai jugak org kat pantai ptg tu, maklum lah cuti skolah.. pastu byk knduri plak tu..
laksa yg kami mkn... dah 2 kali dah mkn kt sini sejak balik kg nih.. hehehhe.. aritu mkn ngn mak :D sedappppp ...
ah & ninie yg sedang menikmati ais kacang ...
KAMI.... hmm mana la Fae menghilang? kalo tak, mmg dah cukup 4 :/ rindu kat dia...
Labels: Aktiviti
Thursday, May 14, 2009
Di Tag oleh Aizuemi & Pejal
Posted by Unknown at 11:30 PMThe questions are :
1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Aizuemi & Pejal - rakan2 ku yg dirindui..
perkataan favorite aizuemi : senget la ko ( sama mcm kt blog pejal hehehe )
pejal lak : lempang ko kang ( jgn marah ye pejal hehe )
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.. (anda di-tag!)
1. baru je balik kg transfer keja di utara tanah air ..
2. malas bersenam .. turun naik tangga hari2 bersenam gak
3. big fan of FaraFauzana.. sama gak mcm depa tp skrg xdpt nk join xtvt sbb da jauh
4. kipas susah mati HUJAN ... woohoo.. xkisah la org nk ckp apa2 psl Hujan, yg penting den suka lagu2 Hujan
5. sayang sgt familiku.. mak, ayah, my boy lollipop ;D , abg, kakak, anak menakan..
6. sayang smua kawan2 ku .. rindu mereka smua!
7. diam tidak bermakna sombong, tak kenal maka tak cinta :P
8. hari2 tgk awan, hari2 tgk kapal tudm, itu la keje ku..
9. looking for someone~
10. nak melancong.. nak pegi ke tanah suci, bwk parents ..
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
- LINDA
- JUMAAT
- ADEQBUN
tu je..
Labels: Tag
Wednesday, May 13, 2009
27 april
Posted by Unknown at 3:15 PMselamat hari lahir ayah... smoga pjg umur dan dimurahkan rezeki...
Fafau Fun Corner on board.. hahahaa....
Labels: Fun Corner, Hujan
Friday, May 08, 2009
layan gmbo lama hehe, road tour AIM 16
Posted by Unknown at 5:30 PMsejak blk kg malas lak nk update.. maklum la xde buat keja apa.. sekadar pegi keja hehe..

linda.. lama xjmpa budak ni.. betahun dah rasanya hehe... tq to incik kyzer & along hehehe ;D len kali kami bwk jumpa Fara Fauzana plak huahua :P

anne.. lebih hangat daripada biasa
performance by Hujan.. noh & jaja je dtg.. versi akustik pon best !
sumber: Gua.com.my
Sunday, April 26, 2009
Kehangatan ABPBH2008
Posted by Unknown at 11:00 AMadoi lama nya nk update. maklum la berpindah tmpt. kt umah lak xdak tenet..
tq diah n adeqbun, tumpangkan den pegi jln2.. haha jln2 ke kota keriangan :P
tggu diah pikap kt kl sental. then ke rumah zaleha.. mkn pastu btolak.. smpai2 je pusing cari parking.. then sempat lepak dlm kete dlu.. pastu msg sape2 yg da smpai. diorg tgh tgk FF on air melodi. pastu kitorg pon begerak ke pintu masuk theme park.. wah. ada kump Hujan.. hehe.. sempat2 mkn2 kt marrybrown .. ye btol ke? lupa lak kdai apa haha.. share ngan kak ira.. masa tggu kt hotel tmpt kak zai n kwn2 menginap sempat begambo ngan Noh Hujan.. tahan dia tgh jalan.. huhu.. yeay dpt sign.. tp xdpt sign dr smua geng huhu
ceed n the gang da smpai hotel. balik hotel, lepak2.. tuka baju, siap2 mlm nk gi tgk abp.. tq pejal 4 da ticket ! hang xmau masuk vip, aku amik.. dok ngan jumaat. adeq+bun dok atas skit.. pastu diorg kua gi amik gmbo kt red carpet. aku ngn diah tggu dlm.. adoi wat malu je.. ikhwan la.. org nk amik gmbo dia sorg, dia nk begambo ngn den.. adeh:P
best2.. fafau menang 2 anugerah lg mcm thn lps.. tahniah gak kpd bro FBI sbb berjaya.. dan juga kpd nabil.. tahniah sbb berjaya merampas takhta mawi.. huahua :P
nak dkt kul 3 smpai umah. then kemas2 nk balik kg mlm ni. xdpt jmpa ngan kakak.. xpe next time insyaallah.. then kak ita n abg latip dtg amik den ngan intan. kitorg gi mid valley mkn2.. sempat lg tgk wyg cite Fast & Furious 4 hahaha... best3.. ;D
tq kak ita, abg latip, intan sbb hntr ke puduraya.. nadia, xpe la xdpt hntr ema pon.. lom ada rezeki. nnti kita jumpa yek... sedihnya nk tgglkn Kuala Lumpur.. byk tol kenangan bersama kwn2.. Fun Corner.. Hot FM..
* xsabo tggu gmbo dr kwn2 hehe
Labels: Aktiviti, Fun Corner, Hujan
Wednesday, April 01, 2009
Aku Tak Percaya Cinta ~
Posted by Unknown at 10:10 PM
i love it ! liyana comel ;) suka sgt... lagu ni sooo sweetttt ;)
*special kredit to http://www.youtube.com/user/xfmadmin
Labels: Liyana Jasmay
Sehari bersama Nini
Posted by Unknown at 8:00 PMmlm smbutan earth hour dok kt umah je sbb siang keje pastu merayap ke masjid jamek.. mlm layan Hits 1.. tahniah Meet Uncle Hussein menang lg..
Lagu terbaik ngan persembahan terbaik..
Tmpt No 2 - Marabahaya ( Pop Shuvit )
Lagu Paling Popular - Tanpa ( 6ixth Sense )
abeh gak kredit sbb gi undi 'Bila aku sudah tiada' utk lagu popular.. tp ranking sms hujan no 3 hmm ok la tu.. nk wat mcm mana lom ada rezeki nk menang.. takpe Hujan still da best ! ;) hikhik hari ahad.. off day.. kuar jln2 ngan Nini.. pusing2 Time Square.. yeay nini blanja mkn sizzling... nini.. bestfren sejak dr skolah menengah lg till now.. sama ketawa, sama berduka.. aku blk kg nnti, hang jenguk2 la aku naa... rindu hang nnti.. mai umah aku tau.. leh jmpa amad hehe..
31.1 climate wat jamuan perpisahan.. dpt mkn free lg.. sedap gak kerabu tu.. esoknya bhgn latihan lak wat jamuan.. pastu ada mknan lebih.. incharge panggey kitorg suh gi turun mkn hukhuk.. dpt mkn mi kari, xyah susah2 masak kt umah.. pastu tapau laksa ngn nasik gorg bwk balik hehe..
adoi.. x lama je lg.. huwaa
Labels: Aktiviti
Wednesday, March 25, 2009
Bila Aku Sudah Tiada ~
Posted by Unknown at 8:37 PMBila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
====================================================
byk org tnya sbb apa nk pindah? org ckp.' hang muda lagi... merantau la dulu, nak dekat pencen nnti baru balik kg.. '
hmm kalau nk diikutkan mmg la xnak balik. sini byk hiburan.. hmm tp family matters.. apa2 pn family come first.. mak da byk kali mintak aku tukar ke utara.. aku je degil nk dok sini. tp masa tu awal2 keje kompom xdpt.. almost 2 years baru try hntr surat.. tp pengarah ckp xcukup experience 2 thn.. kt sini mcm2 pnah rasa, lalui.. dulu xpnah2 join ikut2 artis ni.. xsangka lak kt sini snang skali.. obses sebentar .. tp kalo pindah kg, da xdpt merasa bnda mcm ni, layan konsert dll.. xpa la xkemana pon, kalau ada event kat penang/kedah insyaallah still bole join lg... tp kehilangan yg paling terasa skali ialah kwn2...
huwaaaa2 sedihnya.. sedih nak tinggal kwn2.. sedih nak tinggal fafau.. sedih nk tinggalkan Hujan.. adeh mcm la diorg amik berat psl den :P sedih atas segalanya... byk kenangan tercipta kat sini... tanpa fun corner siapa la aku.. huu
tarikh report duty 15hb april.. tp sblom balik nk jmpe smua kwn2 dulu... then nk pegi tgk ABP huwaa... ni la satu2 nya harapan nk tgk FF ngn Hujan.. HUjan perform? hmm interesting
my best friend sejak di meteorologi.. nadia, kak ita & intan... huaa da la nadia da nk pindah srwak, aku lak blk penang.. susah la nk lepak sama2 lg... skrg ni sunyi bilik.. intan xde, pegi umrah... tumpang gumbira tgk dia.. dpt gak pegi sana..
Fun Corner tetap dihati... thanx kak zai sbb menerima insan ini kedlm dunia fun corner... thx gak kwn2 yg sudi kwn dgnku... ku mengejar Fafau bersama Fun Corner.. hikhikhik..
kpd kwn2 Fun Corner, rmai sgt nk sebut nama kang tercicir lak but dun worry i remember u all... thankkss 4 being my friend.. muaahhh .. halalkan mkn minumku... kalau ade hutang ape2 cpt2 bgtau ek.. hehe ;D
azzey.. si kecil molek... comel mcm agnes monica. hehe.. my best buddies from MMU Melaka. sejak aku quit dr MMU, mmg lama da xjmpa dia.. aritu terserempak kt Kl Sentral secara xsengaja.. tp xdpt berborak pjg.. dia pon nk gi jmpa org, aku pun masa tu nk gi jmpa zue & kak emi kt time square.. miss her so much.. hope pasni dpt jmpa dia ;)
rindu enaz & ain gak.. my roomate mase kat MMU dlu..
lagu Bila Aku Sudah Tiada ditujukan khas untuk anda semua... huwaaa... :(
andaikata ada jodoh lg nnti, kita bersua lg... love u all.. Stesen Butterworth here i come !
Saturday, March 21, 2009
Bila Aku Kena Tag ~
Posted by Unknown at 12:01 PMbaru skrg berpeluang nk jawap tag ni hehhe.. x pasal2 kne tag ngan budak ni hehhee ;D
1.Who tagged you?
KEY chain hehe.. gurau jea
2. Do you like tags?
nope ~ ;D hehe
3. If you can have a dream to come true, what would it be?
nak ......
4. What is your current mood?
hmm risau..
5. What will you do if your crush says he/she adores you too?
haha.
6. Will you fall in love with your bestfriend?
no lah.. dia girl
7. Which will you prefer, loving someone or being loved by someone?
being loved by someone ;P hehe
8. What is your favourite food?
Laksa ! mee kuah ! esp mak buat ;)
9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do?
nothing.. buat mcm biasa
10. What do you pray each day for your loved ones?
biarlah rahsia =)
11. What takes you down the fastest?
kerja :P
12. How would you see yourself in ten years time?
umo da 34 masa tu :P
13. What is the reason that could make you so tensed up?
huwaa
14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
tak knal sgt.tiba2 kna tag.huhu i think dia budak yg baik ;)
15. Would you rather be single and rich or married but poor?
haha married and rich
16.Would you sacrifice for your loved ones?
tgk keadaan .. erk
17. What's the character must have in your partner?
mcm takuya kimura ! haha.. berangan
18. If you fall in love with two people simultaneusly, who would you like to pick?
hmm.. susah gak tu :P
19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?
insyaallah..
20.Do you prefer being single or having a relationship?
tgk keadaan gak...
21. What is your most embrassing moment?
dah tak ingt :P
22. Who are the 5 person that you would like to tag?
i) Aizuemi
ii) Iejat
iii)Fahiszal
iv)Leo Lana
v) Linda
Layannnnn... selamat menjawap ;D
Labels: Tag
Friday, March 20, 2009
Jawap Tag Aizuemi
Posted by Unknown at 9:57 PMkna tag dari aizuemi plak
soalan nya adalah spt berikut :
#1 describe 10 things about the person who tag u
1. nama dia aizuemi
2. dia comel *wink*wink* ade hadiah x? haha tp dia mmg cumel pon
3. kecil2 cili padi. awet muda ;D
4. dia suka amik gambo
5. dia baik kan kan
6. dia tmpt ku menumpang kasih pegi kesana kemari. slalu tumpang keta dia
7. slalu tumpang hotel dia kalau dia xdpt anto kn aku blk umah hehe. katanya takut jerat cina kt umah aku tu hahaha
8. thx 4 da froggie ! hehe
9. nak ngorat? tanyalah kpd empunya badan hehehehhe
10.cukup la kot utk hari ini
#2 describe 10 things about you
1. berasal dr negeri kedah jelapang padi
2. punyai sorg abg & 2 kakak. aku anak bongsu
3. suka sgt mkn laksa. esp yg mak buat !
4. suka main game tp skrg da kurang kot. abes pc pnuh game. sama la ngan pc opis, tp skrg da remove sbb ICT nk buat spotcheck
5. teramat la minat dekat TAKUYA KIMURA & tomoya nagase. depa hensem !!! smua crita jepun yg ada diorg ni den nk tgk.
6. suka Fafau & Hujan. tp diorg tak suka aku kot haha ;P almost event yg libatkn Fafau, den akan cuba pegi insyaallah. huwa rindu fafau lak.
7. suka amik gambo. tp xde kamera. kamera digital mahupun kamera henpon huahua
8. nak balek kampungggg !
9. suka apa lg ek.
10.hmm.. brapa byk suka daa
#3 at the end you need to choose people to be tagged and list their names.
err... tak yah tag xpe kan.. sapa rasa dia rajin buat la hehe
Labels: Tag
Wednesday, March 18, 2009
Cuti2 ku .. bersama family
Posted by Unknown at 10:45 AMcuti lg 4 hari.. 14 mac - 17 mac.. cuti aje bln ni.. xpe la cuti byk lg.. nak abeskan sisa2 cuti yg thn 1st sbb takut kna burn nnti.. da lama xjmpa parents.. da lbh sbulan tak balik..
sbulan ke 2 bulan ntah..
kbtulan mak mai kL bwk Amad ngan Fatin skali, jumaat mlm btolak.. depa tidoq umah kakak kt sg buloh. so, da dpt cuti ni, ku pegi tido sana la.. hehe..
sabtu pg kemas2 brg skit.. ptg baru btolak gi sg buloh. penin dok pikir sbb ahad member yg baru kawin aritu nak btolak pegi sarawak. nak naik keta ngn kak ita da pnuh lak. kak ita nk bwk nadia trus ke KLIA tp kang lewat blk sg buloh.. da la jauh nak pegi balik klia - sg buloh. naik tren aje.
adeh. xpe la xde rezeki.. jmpa nadia masa dia balik dr srwak nnti je la ek.
cuti2 pon xgi mana. menghabiskan masa bersama family tercinta.. ptg ahad gi tgk rumah baru
kakak.. lom siap sepenuhnya lg.. suka tgk wallpaper bilik kakak.. hahaha .. saje nk share gmbo anak menakan :D ade sorg lg anak menakan, Fatin tp tiada dlm ini gmbar..
Aqeef & Amad di rumah baru..



adek Aqeef. Nik Arief Emran. 8 bulan kot. x ingat :P tembam. ada lesung pipit.. ee geram kat budak ni.. hehehehhe

da pndai merangkak ;D hehe

masa utk berehat. on9 *wink*
Tuesday, March 17, 2009
Selamat Pengantin Baru Nadia & Sepul !~
Posted by Unknown at 5:45 PM7.3.2009
aku, intan, kak ita & husband, abg latip kitorg pegi manjung tgk nadia kawin. konvoi 2 keta.. dgn muhasbi & nawie...
meriah btol.. bahagia tgk nadia.. akhirnya kawin jugak dia ngan sepul. doakan smoga korang bahagia hingga ke akhir hayat ;) sorg lg kwn den kawin hehe..
masa kenduri berlansung, hujan turun.. hujan rahmat kot.. hehe.. alhamdulillah xde lebat sgt..
renyai2 je.. ptg tu org lain da balik, kitorg ade lg... smbung mkn lg.. haha.. mkn lauk pengantin yg x abe td.. hehehe.. smbil layan video akad nikah smlm nya tu.. ;)
Selamat Pengantin Baru Nadia & Sepul ... Semoga tercipta bahagia hingga ke syurga..
aminnn.... ;)
Friday, March 13, 2009
ada apa?
Posted by Unknown at 10:35 PMsaje nak share gmbo ni.. aritu PJ gelap.. hehe.. mase tu keje shif ptg.. langit gelap tp hujan blom turun lg.. kne buat keje la hehe.. KLCC pon da xnmpak dr opis.. menara telekom still nmpak lg. kalau cuaca clear, cerah leh nmpak KLCC .. tp hari tu mmg gelap sgt.
aritu gi Low Yatt.. beli RAM .. da lama nk tmbh ram.. nk main pet society pon xsenang hehe.. beli trus pasang kat kedai tu... ram da jd 3gb ;D .. pastu beli dvd,cd, skrin protector .. cari router.. jmpa gak router yg rm90, trus beli.. mmg abes duit la kalo pegi situ haha ..
pi times square pusing2.. singgah kedai cd.. cari cd cite jepun smuanya xberminat.. rasa mcm da sikit je.. huhuhu :P
pi mkn kat selera utara ... baru perasan dulu ade org pnah bwk gi mkn kat situ, dia blanja... lgpun da lama xcontact org tu so da x ingat ..
hari tu mkn nasi lemak rendang ayam kot.. ngan ABC .. huaa byk x abes.. kenyang sgt... nasik byk lak tu.. mkn laksa pon xpe huhu.. tp thank kak leo ;) balik umah baru tringat ais kacang yg x abes tu.. nak lagi hahaha...
balik umah godek2 router wireless tu.. pnat godek2 xdpt lak.. abeh masuk cd, study .. pastu tanya member2.. diorg pon pening sbb ye la xde dpn mata mcm mana nk tunjuk.. esok nya buat balik boleh plak.. heran den.. tp alhamdulillah.. leh la online serentak ngan roomate. kalau x, kna ikut giliran nak online hahaha :P kesiannya .. ingat da nak call Aztech nye centre dah.. huhu tp da boleh on, ok la ;D
thx kepada kwn2 yg membantu (^_^)
ABPBH coming soon.. vote for ur favorite artiste.. saya dah ada.. hehe :P doakan Fafau menang lg thn ni ;) yes! Hujan masuk top 5 :D
Labels: Hujan, Makan - Makan
Monday, March 09, 2009
Salam Maulidur Rasul
Posted by Unknown at 3:54 PMAssalamualaikum..
hari ni 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430H. Salam Maulidur Rasul kpd semua umat Islam. di pg yg mulia ini, kna keja. takpa.. berkhidmat utk negara.
Rasulullah contoh ikutan ummah
KELAHIRAN Rasulullah SAW adalah umpama cahaya yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh seperti dikehendaki Islam.
Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah.”
Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Dengan kata lain, Rasulullah adalah role model bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh remaja yang baik, pemimpin, bapa, suami, jiran, peniaga dan sahabat yang baik serta banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah.
Umat Islam dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad.
Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai contoh ikutan.
' petikan dari Berita Harian 9 Mac 2009 '
** mengenal Nabi Muhammad bukan setakat 12 Rabiulawal saja. tapi setiap hari dgn mengamalkan sunnah2 Nabi.
Kesimpulannya, Rasulullah SAW adalah manusia paling sempurna untuk dijadikan teladan kepada umat manusia bagi mencapai kesejahteraan di dunia & akhirat .
Sekian. Salam Maulidur Rasul . Rasulullah ikutan kami. Menjana Ummah Gemilang
WADAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH
Labels: Maulidur Rasul
Thursday, March 05, 2009
Ceramah sempena Maulidur Rasul : Nabi Muhammad SAW Pemimpin Agung
Posted by Unknown at 9:20 AMmggu lepas 27 Feb, Jumaat.. gi dgr ceramah kat Auditorium. bersemangat bila dgr penceramah yg dtg tu Ustaz Riduan Tee. jabatan import ni hehe. slalu tgk dia kat TV je ..
mmg best la ceramah dia, kelakar jugak orgnya. tak duduk diam. jln sana jln sini hehhe ;D
di antara tajuk2 yg di sentuh adalah spt sifat2 Rasulullah yg tiada tandingannya.
di antara lain :
EMPAT MASA HIDUP
- Bermunajat kepada Allah
- Muhasabah
- Memikirkan segala ciptaan Allah
- Sempurnakan segala makan minum
- Menambah amalan untuk akhirat
- Memilih rezeki untuk kehidupan
- Memilih kelazatan bukan dari yang haram
gambar : sumber dari jabatan
alhamdulillah. selesai sudah. renung2 kan dan selamat beramal.
selesai ceramah mcm biasa, ada nasik free. jimat duit utk 1 hari ;D
SALAM MAULIDUR RASUL
Wednesday, March 04, 2009
Telematch HotFM vs Puteri Gunung Ledang The Musical 3
Posted by Unknown at 9:41 AMevent dah berkurun. baru aku nak update hehe..
Hari : Sabtu 21 Feb 2009
Tempat Kejadian : tasik titiwangsa
sblom hari kejadian. menumpang umah zue & kak emi. pg nye, xde la pg sgt. bertolak ke titiwangsa, nk tgk telematch am krew vs jawa rangers. smpai2 je telematch baru je start. uiii panas2 terik.. kitorg dtg dgn berbaju putih. ye la penyokong am krew ;D yeay Am Krew menang
diorg da balik dr big jam da pon huhu
lps mkn pegi Istana Budaya balik sbb mo tgk PGL 3. x sabo nk tgk. aku, zue, k.emi & kwnnya.
kitorg dok kiri dpn skali dpn org main instruments..
best2.. mula2 tu kelakor jugak sbb ade 2 org kembar tu.. gediks jugak dua-dua tu haha.
bila kuar si AC mizal, btol mcm enaz ckp... AC da mcm bomoh siam.. hahahahahaa...
tp conclusion nya , best la. thanx kak emi sbb ajak n tlg belikan tiket. thx jugak kat zue sbb bwk den pegi balik. ;) arigato.
tak sabo mao tunggu bulan 4.. weehoo.. nak tgk radhi penentang jalang... hehehehe :P
Labels: Aktiviti
Friday, February 27, 2009
Kena Tag Lagi ??
Posted by Unknown at 9:39 PMni tag dari Iejat ... beres ek.. abis hutang huhuhuhu :P
Here are the rules:
1. Put your music on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS NO CHEATING!
4. Tag others.
5. Better masukkan lebih daripada 20 buah lagu untuk menjawab semua soalan di bawah6. Try and have fun guys...
IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?
Ahli Fiqir - Angguk Angguk Geleng Geleng
( ya ya.. xmau xmau :P )
WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Raihan - Syukur
( bersyukur dgn ciptaan Allah .. alhamdulillah )
HOW DO YOU FEEL TODAY?
Ezzlyn ft Dato M.Daud Kilau - Pening
( penin2.. sakit kepala.. huhu )
WHAT IS YOUR MOTTO?
Too Phat, VE, Ruffedge, Kru, Shazzy dll - Standing In The Eyes Of The World
( wah hebat.. bagus playlistku hehe.. )
WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Michelle Branch & Carlos Santana - The Game Of Love
( erk... xde kne mengena nih )
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Mocca - Happy
( happy ? belasah je huhuhu :P )
WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Meet Uncle Hussain - Lalala Kerjalah
( keja keja keja & keja... jgn main FB :P :D )
WHAT IS 2+2?
OAG - Figura Malaya
( everybody sing .. :D )
WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Awie - Aduhai Alahai
( alahai best friendku.. lalala )
WHAT DO YOU THINK OF A PERSON YOU LIKE?
Elite - Manisnya Senyumanmu
( heeeee ... )
WHAT IS YOUR LIFE STORY?
X Factor - Tak Sanggup
( hmmm.. tak sanggup nak citer :D )
WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Blue - Best In Me
( inginkan yg terbaik.. )
WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Yuvie & Nuno - Menjaga Hati
( errr lagu .. )
WHAT WILL YOU DANCE AT YOUR WEDDING?
Butterfingers - Joget Global
( huhu.. marilah berjoget huahua :P )
WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
6ixth Sense - CInta Sejati
( wah wah wah :P bahaya btol )
WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
OAG - 60's TV
( saya suka nonton 60's TV .. yo yo o je la.. ahahhaha ;] )
WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Eye - Hatiku Bukan Milikmu
( hmmm sape tu? )
WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Kiroro - Best Friend
( xpaham ape lagu ni tp psl best friend la hehe.. rindu kwn2 lama hmm )
WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Estranged - Yang Pernah
( umm pernah.. jgn diulang lg kejadian itu )
WHAT MAKES YOU CRY?
Amuk - Aduh Tsumawi
( huwaaaa .. erk.. pesal nangis? aku xsuka mawi :P )
WHAT MAKES YOU LAUGH?
Poyo - Poyo
( wakkakakkakakakkaa... xtau la lagu merepek ni hehe )
WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Peter Pan - Menghapus Jejakmu
( hoh.. )
HOW WILL YOU DIE?
Anuar Zain - Mungkin
(hmm.. mungkin mungkin.. huwaaaa )
WILL YOU EVER GET MARRIED?
Avril Lavigne - I'm With You
( i dont know who u are.. )
WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
The Rhymes - Bila
( bila anak mak ayah ni nak balik? huwaaa... )
DOES ANYONE LIKE YOU?
Boyzone - No Matter What
( aku tetap aku... tiada yg lain .. )
WHAT SCARES YOU THE MOST?
Azie - Pelamin Anganku Musnah
( hmm, memang takut... )
IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Awie - Tragedi Oktober
( errr.. apakah? )
WHAT WOULD YOU SAY WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
Ajai & Nurul - Keliru
( saya keliru boss.. data hujan tak masuk2 :P )
WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Alif - Khayal
( ermmm... apa ni? hehe )
*malas nak tag org hehe... org yg berkenaan, sila jwp yg bwh ni dulu yea... kalo rajin buat la yg ni plak... kalo xrajin, xyah buat hehehhehe...
*To Daus, aku nak suh ko buat yg ni.. hehehehe.. yg ni xyah cari gmbo dlm pc opis ko.. :P huhuhu
Labels: Tag




















