Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa.
Maksud Hadith: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadith: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 p’kara sunat dilakukan pada hari Asyura
(10 Muharram) / 16 Disember 2010 (Khamis):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadihlatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak.
Fadhilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Surah Al-Ikhlas hingga akhir 1,000X.
Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah Al-Ikhlas 11 x
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".
Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini, InsyaAllah (ajal maut di tangan Allah).
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa.
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Renung-renungkan dan selamat beramal..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)
0 comments:
Post a Comment