Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Rasa sekejap je da nk masuk tahun baru Maal Hijrah. mungkin ada yg tak perasan dan mungkin ada yg terlupa. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat sehingga hari ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Madinah. Zulhijjah bulan haram sudah hampir menutup tirai, Muharram pula sedia datang menyambutnya.
Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Secara istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Ambil sebyk mungkin peluang utk memperbaiki mutu kerja kita serta tugasan seharian kita yg lain. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat kita, insyaAllah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita. Semoga kita semua dapat menghijrahkan diri kita mjadi yg terbaik.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Mudah-mudahan Allah menerima HIJRAH kita .. :)
Buat sahabat2 yg mengenali serta org2 yg berada disekeliling sy, sy nak minta maaf andai kata ada salah silap, terkasar bahasa selama ni sama ada secara sedar atau pun tak.. sy minta maaf byk2 yer.. sy sayang kamu semua! :)
SALAM MAAL HIJRAH 1432
0 comments:
Post a Comment