Friday, February 04, 2011

DugaanNya



Sabar dalam menghadapi musibah.

Allah berfirman, ertinya, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” (QS. asy-Syura: 30).

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mu-dah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau meng-hendakinya.”

Maka hendaklah seseorang selalu memohon ampunan kepada Allah (istighfar), kerana istighfar merupakan faktor yang paling besar dlm mencegah terjadinya musibah. ‘Ali bin Abu Thalib Rodhiyallohu ‘Anhu berkata, “Musibah tidak akan menimpa kecuali karena dosa (yang diperbuat), dan musibah tidak akan diangkat kecuali dengan taubat.”

Maka dgn itu sabar adalah kunci dlm menghadapi musibah. Bersabar & BERDOALAH kpd Allah. Jika semakin kuat, Insyaallah akan membuahkan keredhaan dan rasa syukur kepada Allah.




Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah, diantaranya ialah:

1. Ketika LailatulQadar
2. Ketika hujan
3. Ketika memulakan solat dan selepas menunaikan solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan perang.
5. Di tengah malam
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat
8. Ketika iktidal akhir dalam solat
9. Ketika khatam ( tamat ) membaca 30 juz Al-Quran
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat yang terletaknya di antara terbit fajar hingga terbenam
matahari hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan Asar serta antara waktu Lailaha illa Llah




p/s : Doa itu senjata mukmin..



Cantik tak template bru nih? huhuhuuu :p

0 comments: