Monday, March 09, 2009

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..
hari ni 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430H. Salam Maulidur Rasul kpd semua umat Islam. di pg yg mulia ini, kna keja. takpa.. berkhidmat utk negara.

Rasulullah contoh ikutan ummah

KELAHIRAN Rasulullah SAW adalah umpama cahaya yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah berjaya memimpin dan membimbing umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.

Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda sendiri menunjukkan contoh seperti dikehendaki Islam.

Segala tingkah laku, percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.



Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah.”

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Dengan kata lain, Rasulullah adalah role model bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak contoh remaja yang baik, pemimpin, bapa, suami, jiran, peniaga dan sahabat yang baik serta banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah.

Umat Islam dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad.

Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai contoh ikutan.

' petikan dari Berita Harian 9 Mac 2009 '



** mengenal Nabi Muhammad bukan setakat 12 Rabiulawal saja. tapi setiap hari dgn mengamalkan sunnah2 Nabi.

Kesimpulannya, Rasulullah SAW adalah manusia paling sempurna untuk dijadikan teladan kepada umat manusia bagi mencapai kesejahteraan di dunia & akhirat .

Sekian. Salam Maulidur Rasul . Rasulullah ikutan kami. Menjana Ummah Gemilang

WADAH PEMANGKIN KHAIRA UMMAH










1 comments:

Zaem Hayes said...

klu dpt snap pic kilat lagi hebat hak3~